Monday, August 15, 2011

masih BERSIH 2.0

hahahahaha.  rais yatim kata peserta bersih dibayar rm 50. daif betul hidup peserta bersih ni. bayar rm50 je sanggup kena pukul dengan polis, sanggup berpedih mata. hahahaha. daif sungguh rakyat malaysia. parti mana yg memerintah ni? patutlah ada orang Islam boleh masuk kristian. Islam sama Islam pun tak tolong, sama melayu pun baham.

Thursday, August 4, 2011

politik itu najis

apa itu politik? belum difahami apa itu politik sudah melemparkan fitnah politik itu kotor, politik itu najis. apa itu politik? politik itu pentadbiran. yang mengotorkan pentadbiran ialah orang yang pengotor, orang orang yang mengamalkan rasuah, orang orang yang tamak, orang orang yang mengejar kemewahan dan kemegahan. Ini yang perlu kita tolak. kita mahukan pemimpin yang berintegriti. yang telus.

Ya, semua ini adalah sifat manusia. manusia memang tamak, mengejar kemewahan, pentingkan diri sendiri. aku juga manusia, tiada yang aku utamakan selain diri aku sendiri. manusia mempunyai nafsu, ramai pemimpin kotor kerana kalah dengan nafsu. hanya yang beriman mampu memimpin dengan baik dan telus. bukalah mata, dengarlah dengan telinga, gunakanlah nikmat akal yang diberi.

Sunday, July 3, 2011

Bersih 2.0 2

 kau tidak bodoh, kau seorang pejuang.

aku yang lebih muda, lebih jantan hanya mampu menyokong  dari jauh. maaf. sebenarnya aku malu, aku malu kerana takut untuk sama berjuang, aku takut digari. maaf. seribu maaf.  

inilah cara paling berkesan yang difikirkan kerajaan utk menyekat perhimpunan bersih 2.0. namun aku si bodoh, yang tak mempunya apa-apa sijil yang boleh dibanggakan, tidak mempunyai sebarang jawatan, tidak mempunya sejuta wang, tidak ada sebarang kuasa yang dilindungi perlembagaan dan aku tidak fikir kita perlukan seorang yang genius untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk mengelakkan perhimpunan 9 julai.

bukankah lebih bagus kerajaan mula akur dengan tuntutan bersih 2.0 yang tidak ada sebab tidak boleh dilaksanakan, tiada sebarang satupun yang akan merugikan kerajaan, tiada satupun yang menguntungkan lawannya. melainkan kerajaan mahu main kotor dalam pilihanraya. hanya satu sebab inilah yang mampu difikirkan oleh akal yang tidak begitu pintar ini.

apa kau fikir ambiga memang lumrahnya suka berhimpun? apa kau fikir penyokong bersih hobinya berjemur di tengah panas ? mereka semua terpaksa, mereka semua pejuang, mereka sanggup berkorban melawan kerajaan yang angkuh, degil tidak mahu menerima permintaan bersih malah tiada sebab yang diberikan. pengecut.


Thursday, June 23, 2011

i'll be back with a, wait for it, bang!

Gerrard played just a few game last season because of injury and had undergone surgery. I really miss his actions. Here's his some great goals and i hope he is on the squad that will play against Malaysia on 16th July because ill be there!!

BERSIH 2.0





kenapa kita patut sokong bersih? bukan itu persoalannya.

persoalannya. tidak mahukah kita pada 'improvement' dalam proses pilihanraya?

persoalannya juga kenapa? kenapa kerajaan tidak mahu kepada penabahbaikkan dalam proses pilihanraya?

adakah tuntutan BERSIH bernilai jutaan ringit? sukar sangatkah memenuhi tuntutan begini?

biar sekalipun pilihanraya memang sudah dijalankan dengan maha adil dan maha saksama, adakah tuntutan ini akan merugikan negara?