sekali, timbul rasa kasihan dan sedih, ringan sahaja tangan menarik dompet dari saku, dihati terasa lega dapat menolong. dua kali, aku tersenyum mengeluarkan sekeping kertas bewarna biru dari kocek. kali ketiga tiba, sudah tiada rasa gembira dapat menolong, tapi demi untuk kelihatan manis dipandang, terpaksa juga mengeluarkan wang yang nilainya paling kecil.
siapakah aku untuk memberi kau wang setiap kali bertemu? kau tetamu tidak diundang!! apa yang bisa aku buat untuk mengeluarkan kau dari kehidupan sebegitu? jika kau tidak berusaha, apatah lagi aku. usaha aku pun tidak cukup untuk diriku, manakan bisa aku berusaha untukmu.
tidak aku salahkan kau sepenuhnya, apakan daya kau tidak bernasib baik, tidak punya kelayakan, tiada harta pusaka, hadir dalam keluarga lemah. tapi tidakkah pihak pihak yang kaya raya, punya duit berjuta juta tidak menolong kau? atau mana pemimpin kawasan kau atau pemimpin negara kau ? yang menguruskan harta harta pemberian Tuhan. apa yang mereka lakukan untuk membantumu? atau mereka hanya melihat dan merasa benci melihatkau namun tiada usaha untuk menolong? mereka lebih sibuk mencari harta dunia buat diri sendiri dan keluarga. merekalah yang wajar dibenci,tolong menolong lah kawan !
ada juga yang berkopiah putih datang memohon seringgit dua, katanya untuk rumah anak anak yatim dan sebagainya, suka hati aku menghulur jika bukan kerana hari hari melihat muka yang sama pasti tidak bertukar menjadi benci. benci bukan melihat muka si pengutip. namun timbul persoalan, sindiketkah? betulkah untuk anak yatim ? tidak diberi bantuan oleh yang sepatutnyakah ? bukankah negara kita gah dengan bangunan bangunan setara matahari dan sebagainya tapi kenapa masih ada rakyat yang merempat dan dapat hidup kerana mengharapkan belas kasihan ?
Subscribe to:
Posts (Atom)