kau tidak bodoh, kau seorang pejuang.
aku yang lebih muda, lebih jantan hanya mampu menyokong dari jauh. maaf. sebenarnya aku malu, aku malu kerana takut untuk sama berjuang, aku takut digari. maaf. seribu maaf.
inilah cara paling berkesan yang difikirkan kerajaan utk menyekat perhimpunan bersih 2.0. namun aku si bodoh, yang tak mempunya apa-apa sijil yang boleh dibanggakan, tidak mempunyai sebarang jawatan, tidak mempunya sejuta wang, tidak ada sebarang kuasa yang dilindungi perlembagaan dan aku tidak fikir kita perlukan seorang yang genius untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk mengelakkan perhimpunan 9 julai.
bukankah lebih bagus kerajaan mula akur dengan tuntutan bersih 2.0 yang tidak ada sebab tidak boleh dilaksanakan, tiada sebarang satupun yang akan merugikan kerajaan, tiada satupun yang menguntungkan lawannya. melainkan kerajaan mahu main kotor dalam pilihanraya. hanya satu sebab inilah yang mampu difikirkan oleh akal yang tidak begitu pintar ini.
apa kau fikir ambiga memang lumrahnya suka berhimpun? apa kau fikir penyokong bersih hobinya berjemur di tengah panas ? mereka semua terpaksa, mereka semua pejuang, mereka sanggup berkorban melawan kerajaan yang angkuh, degil tidak mahu menerima permintaan bersih malah tiada sebab yang diberikan. pengecut.
No comments:
Post a Comment