1) politik dan tandas, kedua-duanya di sebahagian besar minda rakyat malaysia adalah kotor dan jijik. padahal, realitinya, banyak juga tandas yang bersih dan wangi begitu juga dengan politik, ada politik yang bersih dan suci. yang mengotorkan tandas dan politik adalah kita penggunanya. Pengguna tandas tidak reti menjaga kebersihan tandas, ahli politik tiada integriti, makan rasuah, salah guna kuasa dan fitnah memfitnah, inilah sebab tandas dan politik dilihat jijik dan kotor.
2) politik dan tandas, kedua-duanya benda asas. dimana ada manusia, pasti ada tandas, pasti ada politik. berak dan kencing adalah hukum Allah. tiada manusia normal yang tidak kencing dan berak. politik pula ialah pentadbiran, di mana mana sahaja pasti perlu pentadbir, perlu kan ketua, ada yang ditadbir.
3) politik dan tandas, kedua-duanya sangat berguna. berak itu sungguh nikmat. tapi jika tiada tandas yang elok, sangat menyeksakan terpaksa menahan berak untuk mendapatkan tandas yang bersih. begitu juga politik, jika pentadbiran itu teruk, zalim, menyekat hak rakyat maka rakyat terseksa, rakyat dizalimi, rakyat merana.
pengguna tandas dan juga ahli politik perlu sedar tentang kebersihan tentang kesucian, tentang integriti. merekalah yang menjadikan tandas atau politik itu dipandang kotor, jijik malah hina.t
kita pengguna pasti mahukan tandas yang bersih dan juga politik yang bersih, telus dan tiada ketirisan. jika ada tandas yang kotor, samalah kita cuci, jika ada ahli politik yang kotor sama samalah kita benci.