Thursday, August 4, 2011

politik itu najis

apa itu politik? belum difahami apa itu politik sudah melemparkan fitnah politik itu kotor, politik itu najis. apa itu politik? politik itu pentadbiran. yang mengotorkan pentadbiran ialah orang yang pengotor, orang orang yang mengamalkan rasuah, orang orang yang tamak, orang orang yang mengejar kemewahan dan kemegahan. Ini yang perlu kita tolak. kita mahukan pemimpin yang berintegriti. yang telus.

Ya, semua ini adalah sifat manusia. manusia memang tamak, mengejar kemewahan, pentingkan diri sendiri. aku juga manusia, tiada yang aku utamakan selain diri aku sendiri. manusia mempunyai nafsu, ramai pemimpin kotor kerana kalah dengan nafsu. hanya yang beriman mampu memimpin dengan baik dan telus. bukalah mata, dengarlah dengan telinga, gunakanlah nikmat akal yang diberi.