Tuesday, June 21, 2011

fakta bukan auta

pernah satu ketika sebelum merdeka, tokoh politik yg pernah memimpin banyak parti seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya yg merupakan parti melayu pertama di Tanah Melayu bukannya UMNO, Hizbul Muslimin dan PAS, DR. Burhanuddin Al-Helmy pernah mendokong usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu melalui gabungan dengan Indonesia dan juga Filipina sekaligus menyatukan semua rumpun melayu. 
Pantunnya ;

Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

bayangkan jika gabungan ini menjadi kenyataan, populasi negara impian tokoh ini lebih tinggi dari populasi penduduk di amerika syarikat, meletakkan negara ini menjadi negara ke-3 di dunia yang mempunyai populasi tertinggi. bayangkan dengan sumber tenaga yang begitu besar jika ditambah kerativiti dan kebijaksanaan pemimpin serta struktur pemerintahan yang telus adil tanpa korupsi, bangsa melayu lebih mempunyai keupayaan untuk menguasai dunia.