melayu mudah lupa, melayu pemalas, melayu itu, melayu ini. semua negatif. itu semua propaganda merosak bangsa kita.
muncullah hero melayu, menghunus keris menuntut ketuanan melayu. melaungkan berkobar kobar, ini negara orang melayu. kami tuan, kamu semua pendatang. dengan bangga dan gah sambil memikirkan jawatan dan populariti yg bakal diperoleh dengan adegan lakonan tersebut.
kita golongan majoriti tapi kita tertindas terutama dari segi ekonomi. salah siapa ? salah bangsa lain ? salah bangsa cina ? ini semua salah politikus melayu keparat yang hanya reti mengugut bangsa sendiri, ' mahu jadi macam singapore', 'mahu jadi hamba di negara sendiri ?', 'mahu dipijak oleh cina?'. tiada satu pun usaha untuk memperkasakan bangsa melayu. yang berlambak adalah program program membenci bangsa lain, ceramah BTN sbgai contohnya.
wahai politikus politikus, kau boleh pergi mampus dengan moto palsu membantu melayu. sudah berapa tahun kau menipu melayu kononnya mahu membantu ? tapi mana buktinya ? yang banyak hanyalah bukti ketirisan golongan keparat seangkatanmu. yang ada hanyalah kaum kerabatmu yang semakin kaya, apa kau fikir kami rakyat ini hambamu ? bayar cukai untuk golongan keparatmu bersuka ria. apa kesan Dasar Ekonomi Baru ? sejauh mana keberkesanannya ? sejauh mana keberkesanan Uitm membantu bangsa melayu dalam pendidikan ? sejauh mana kuota kuota projek untuk bangsa melayu membantu melayu ? sejauh mana ? yang aku tahu melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. dasar ini bagus, bermatlamat tapi orang bertanggungjawab punca masalah. tiada integriti, tidak telus.
badan badan berkuasa tiada telur, tiada integriti. sprm polis semua alat rejim zalim.
jangan kita selesa dengan hak istimewa yang termaktub dalam perlembagaan. hak istimewa tidak dapat membantu kita sepenuhnya, kita perlu berusaha lebih untuk berjaya. karpal singh mungkin peguam terhandal di malaysia, tapi handal itu subjektif, tapi zaid ibrahim seorang melayu mempunyai firma guaman terbesar di malaysia.apa syang cuba aku sampaikan ialah, melayu mampu bersaing, mampu berjaya! affirmative action shoudnt be use a shield, it should be used as a sword!
Monday, November 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)