Saturday, July 28, 2012

merdeka dan janji ditepati

Merdeka bermaksud kebebasan. Kebebasan termasuklah kebebasan mentadbir negara sendiri dan kebebasan memilih kerajaan. kerajaan merupakan pentadbir negara yakni mentadbir harta negara dan menjaga kepentingan rakyat. kerajaaan dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat setiap 5 tahun atau lebih awal terpulang kepada Perdana Menteri kerana PM berkuasa mutlak untuk membubarkan parlimen. jadi untuk dipilih sebagai kerajaan, parti parti politik merayu undi dari rakyat dengan menabur pelbagai janji yang dinamakan manifesto.

setelah kerajaan dipilih, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan setiap janji sebelum pilihanraya kerana rakyat mengundi berdasarkan manifesto parti. jadi kenapa rakyat perlu membalas budi kerajaan yg telah berjanji. adakah rakyat yang mahu mereka menjadi pemimpin, atau mereka yg merayu supaya dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan ?

tanggal 31 ogos 1957 adalah tarikh rasmi kemerdekaan negara dikecapi dari tangan penjajah british setelah beratus tahun dijajah. tidak sama dengan kebanyakan negara lain, negara kita mencapai kemerdekaan dengan rundingan dengan pihak british yg diwakili oleh Tunku Abdul Rahman dan pemimpin lain serta wakil raja-raja melayu. Namun jika dikaji sejarah penentangan terhadap British, tidak dapat dinafikan golongna kiri atau golongan yg lebih radikal seperti PKMM, API dan AWAS juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan gerakan mendapatkan kemerdekaan, terutamanya menyedarkan rakyat untuk menuntut merdeka, berbeza dengan UMNO yg hanya memperjuangkan hak Melayu pada ketika itu sbgai contoh, kata - kata pemimpin UMNO Dato Onn Jaafar ' nak buat jarum pun tak reti, inikan nak merdeka'.

merdeka adalah milik semua rakyat Malaysia, milik negara ! dan bukan milik kerajaan Barisan Nasional. kepentingan negara dan kepentingan kerajaan BN perlu dibezakan. Sambutan Merdeka, tema merdeka dan logo merdeka perli bersifat kenegaraan yg dapat menaikkan semangat patriotik dan semangat cintakan negara. bukan yg membawa maksud rakyat terhutang budi dengan kerajaan. Tema dan logo merdeka ke 55 menunjukkan kerajaan yg gila kuasa dan tidak ikhlas utk menjaga kepentingan rakyat. yang lebih penting bagi kerajaan ialah, mereka kekal berkuasa.

3 comments:

Anonymous said...

this is exactly how I feel http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/janji-ditepati-lagu-hari-merdeka-terburuk-dalam-sejarah-najwan-halimi/

Regards.

Anonymous said...

And from the sideview of a linguist, I find that the lyrics are disturbingly un-poetic.

Anonymous said...

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/196-logo-dan-tema-hari-kebangsaan.html

I did my research and I found that year by year tema kemerdekaan semakin dipolitikkan. Maksud aku starting from the year 2009.