Sunday, January 27, 2013

kalau bigmama kami culik

kalau bigmama kami culik,
kami sorok.

akan kau pekik ?
akan kau jerit ?
akan kau berpanas terik ?
akan kau menahan perit tear gas ?
utk kau peluk bigmama.

telinga kami pekakkan,
mata kami butakan.
lantak kau lah najib,
bigmama sudah mati diperkosa,
macam matinya hak kami !

Monday, January 21, 2013

19/12/2012

hampir 21 tahun yang lalu kau lahirkan aku,
hari ini kau pergi tak kembali.
56 tahun 6 bulan dan 3 hari,
adalah masa diberi pencipta,
untuk kau berkelana sbg hamba di bumi penuh durjana.
kau pergi tika aku mula mengerti di balik marah dan bebelan,
itulah kasih sayang yg tiada ukuran.

maafkan aku ibu,
banyak dosa telah aku lakukan,
banyak kata telah aku lekehkan,
banyak pesan telah aku lawan.
impian mahu membalas jasa.
sebuah rumah hanya siap di bina di awangan,
hanya tangan mampu ditadahkan,
semoga ditempatkan dalam kalangan org beriman.