Friday, August 19, 2011

MERDEKA !

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada 21 Mac 1956 bertujuan untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini mengambil masa 5 bulan untuk menyiapkan draf Perlembagaan hasil daripada 118 persidangan dan 131 memorandum dari pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi. 

Selama 54 Tahun Merdeka Perlembagaan Persekutuan telah di amend lebih dari 45 kali. Prof Shad Saleem Faruqi berpendapat "the true number of individual amendment is around 650." Perlembagaan Persekutuan telah diamend lebih banyak daripada jumlah amendment US Constitution.

To me, i dont think this should happen. the reid commision had drafted this constitution by doing research and inquiry to provide the protection to all citizens against the government, and to provide the executive and legislative power to the government. and it is sad to know that the government amended so many articles in FC according to their own discretion and what they think good for the citizen without gather infos from citizens, without gather the actual fact about what the citizens need. And sometimes, the government amend the constitution to protect themselves and to have more power, for example the amendment of Art 66.

Kenapa tidak kerajaan sebelum amend perlembagaan tubuhkan jawatankuasa khas untuk menjalankan inquiry, jalankan kajian, bertanyakan penduduk dan selepas itu dibentangkan di parlimen. mungkin makan masa yang lebih tapi tidak wajar jika melebihi 5 bulan kerana untuk menyiapkan Perlembagaan yg lengkap hanya 5 bulan, secara logiknya jika amend 1 atau 2 article mestilah tidak mengambil masa yang lebih lama.

Monday, August 15, 2011

entri poyo

bulan puasa je pakai tudung?

CTU lah, kelas CTU kan wajib pakai tudung.

bukan tudung memang WAJIB pakai setiap masa ke?

masih BERSIH 2.0

hahahahaha.  rais yatim kata peserta bersih dibayar rm 50. daif betul hidup peserta bersih ni. bayar rm50 je sanggup kena pukul dengan polis, sanggup berpedih mata. hahahaha. daif sungguh rakyat malaysia. parti mana yg memerintah ni? patutlah ada orang Islam boleh masuk kristian. Islam sama Islam pun tak tolong, sama melayu pun baham.

Thursday, August 4, 2011

politik itu najis

apa itu politik? belum difahami apa itu politik sudah melemparkan fitnah politik itu kotor, politik itu najis. apa itu politik? politik itu pentadbiran. yang mengotorkan pentadbiran ialah orang yang pengotor, orang orang yang mengamalkan rasuah, orang orang yang tamak, orang orang yang mengejar kemewahan dan kemegahan. Ini yang perlu kita tolak. kita mahukan pemimpin yang berintegriti. yang telus.

Ya, semua ini adalah sifat manusia. manusia memang tamak, mengejar kemewahan, pentingkan diri sendiri. aku juga manusia, tiada yang aku utamakan selain diri aku sendiri. manusia mempunyai nafsu, ramai pemimpin kotor kerana kalah dengan nafsu. hanya yang beriman mampu memimpin dengan baik dan telus. bukalah mata, dengarlah dengan telinga, gunakanlah nikmat akal yang diberi.

Sunday, July 3, 2011

Bersih 2.0 2

 kau tidak bodoh, kau seorang pejuang.

aku yang lebih muda, lebih jantan hanya mampu menyokong  dari jauh. maaf. sebenarnya aku malu, aku malu kerana takut untuk sama berjuang, aku takut digari. maaf. seribu maaf.  

inilah cara paling berkesan yang difikirkan kerajaan utk menyekat perhimpunan bersih 2.0. namun aku si bodoh, yang tak mempunya apa-apa sijil yang boleh dibanggakan, tidak mempunyai sebarang jawatan, tidak mempunya sejuta wang, tidak ada sebarang kuasa yang dilindungi perlembagaan dan aku tidak fikir kita perlukan seorang yang genius untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk mengelakkan perhimpunan 9 julai.

bukankah lebih bagus kerajaan mula akur dengan tuntutan bersih 2.0 yang tidak ada sebab tidak boleh dilaksanakan, tiada sebarang satupun yang akan merugikan kerajaan, tiada satupun yang menguntungkan lawannya. melainkan kerajaan mahu main kotor dalam pilihanraya. hanya satu sebab inilah yang mampu difikirkan oleh akal yang tidak begitu pintar ini.

apa kau fikir ambiga memang lumrahnya suka berhimpun? apa kau fikir penyokong bersih hobinya berjemur di tengah panas ? mereka semua terpaksa, mereka semua pejuang, mereka sanggup berkorban melawan kerajaan yang angkuh, degil tidak mahu menerima permintaan bersih malah tiada sebab yang diberikan. pengecut.