Saturday, November 5, 2011

seru anak muda

sedarlah anak muda,
penindasan di depan mata.

bukalah mata wahai anak muda !!
yang kecil dipijak kepala,
yang besar bermaharajalela.

peminta sedekah dihina,
perompak negara dipuja.

anak muda....
bersatu dan bangkitlah.

Wednesday, October 12, 2011

sekali, timbul rasa kasihan dan sedih, ringan sahaja tangan menarik dompet dari saku, dihati terasa lega dapat menolong. dua kali, aku tersenyum mengeluarkan sekeping kertas bewarna biru dari kocek. kali ketiga tiba, sudah tiada rasa gembira dapat menolong, tapi demi untuk kelihatan manis dipandang, terpaksa juga mengeluarkan wang yang nilainya paling kecil.

siapakah aku untuk memberi kau wang setiap kali bertemu? kau tetamu tidak diundang!! apa yang bisa aku buat untuk mengeluarkan kau dari kehidupan sebegitu? jika kau tidak berusaha, apatah lagi aku. usaha aku pun tidak cukup untuk diriku, manakan bisa aku berusaha untukmu.

tidak aku salahkan kau sepenuhnya, apakan daya kau tidak bernasib baik, tidak punya kelayakan, tiada harta pusaka, hadir dalam keluarga lemah. tapi tidakkah pihak pihak yang kaya raya, punya duit berjuta juta tidak menolong kau? atau mana pemimpin kawasan kau atau pemimpin negara kau ? yang menguruskan harta harta pemberian Tuhan. apa yang mereka lakukan untuk membantumu? atau mereka hanya melihat dan merasa benci melihatkau namun tiada usaha untuk menolong? mereka lebih sibuk mencari harta dunia buat diri sendiri dan keluarga. merekalah yang wajar dibenci,tolong menolong lah kawan !

ada juga yang berkopiah putih datang memohon seringgit dua, katanya untuk rumah anak anak yatim dan sebagainya, suka hati aku menghulur jika bukan kerana hari hari melihat muka yang sama pasti tidak bertukar menjadi benci. benci bukan melihat muka si pengutip. namun timbul persoalan, sindiketkah? betulkah untuk anak yatim ? tidak diberi bantuan oleh yang sepatutnyakah ? bukankah negara kita gah dengan bangunan bangunan setara matahari dan sebagainya tapi kenapa masih ada rakyat yang merempat dan dapat hidup kerana mengharapkan belas kasihan ?
beringat ingatlah ketika berkelakuan,
baik buruk pasti berbalas.
tidak sekarang kelak pasti,
tidak di dunia, disana pasti.
pasti berbalas.

Thursday, September 1, 2011

Siapa Dr. Burhanuddin Al- Helmi
Siapa Ahmad Boestaman 
Siapa Tok Janggut 
Siapa Tunku Abdul Rahman  
Siapa Onn Jaafar

Kau digelar Tun,
Kau diberi dato'
Kau dipanggil hero 
Aku digelar komunis
Aku dianggap pengkhianat.
Kenapa ?
Aku menentang kau bekerjasama
Itu sebabnya ?

Diajar pada anak muda,
Kaulah yang paling berjasa,
Tiada yang berjasa melainkan kau.
PKMM hanya pelakon tambahan,
Apa Hizbul Muslimin ?
API AWAS tiada langsung jasanya.

Syabas, tahniah,
Kau berjaya,
Kau berjaya tapi tidak selama-lamanya.

Thursday, August 25, 2011

54 years after

SO PROUD TO BE MALAYSIAN............






KEMEGAHAN ATAU PELUANG PEKERJAAN ?
WHAT IS THIS ? 



rural poverty ( mostly in sabah and sarawak)

urban poverty


NECESSITY ?



                                             vs









kemiskinan memang sukar untuk di bendung, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat pun terdapat masalah kemiskinan dan kedaifan. Wajarkah dalam sedar terdapatnya kemiskinan, namun ada pihak yang suka bermegah megah, sebagai contoh Masjid Besi dan Masjid Putra dibina dengan disaluti kemewahan dan lokasinya sangat berhampiran, persoalannya, keperluan atau kemahuan? Bandingkan dengan Masjid Rusila di Marang, Terengganu. Ramai ahli ahli arkitek lebih mengagumi Masjid Rusila.


AND THIS ??




                           RM 935 MILLION PALACE ?